07 January 2012

MIKHA TEMBAYONG BINTANGI TEATER MALAYSIA


Setelah berjaya dalam sinetron Nada Cinta yang kini sedang ditayangkan oleh Astro, pelakon remaja popular dari Indonesia, Mikha Tambayong, 18 tahun, menjalinkan persetujuan pula untuk membintangi teater muzikal romantik, Gerimis Mengundang. Yang istimewanya, teater tersebut arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan akan diadakan di pentas berprestij, Istana Budaya, bermula 27 Mac - 8 April 2012.

Mikha Tambayong ketika ditemui media melahirkan rasa gembiranya kerana diberikan peluang terlibat dalam pementasan teater di Malaysia.





Baginya, peluang tersebut adalah hadiah bagi peminat di negara ini untuk mengenali dirinya secara dekat apabila dia berada di negara ini nanti. Difahamkan, dia akan berada di Kuala Lumpur bermula awal Mac untuk sesi latihan teater.

Untuk info, dalam acara menandatangani persetujuan itu di Jakarta, Indonesia, ia turut dihadiri oleh Ahmad Idham, selaku pengarah teater Gerimis Mengundang, Datuk Md. Afendi Hamdan dari ERAMA Creative dan Kamal Adli selaku pelakon utama yang akan bergandingan dengan Mikha Tambayong.



Menurut Ahmad Idham, teater Gerimis Mengundang diinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang akan ditayangkan dalam 2012.

"Penghasilan teater juga filem Gerimis Mengundang ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni," ujarnya.

No comments: