15 January 2012

PELAKON SINETRON ANUGERAH 'BERAKSI' HANGAT


Buat sesekian kalinya, aksi nakal Sheila Marcia terus tersebar di internet. Dan baru-baru ini, gambar bintang sinetron 'Anugerah' itu menjadi bualan ramai akibat aksi hangatnya tanpa memakai seluar dalam.

Ibu Sheila, Maria Joseph melahirkan rasa kecewa dengan penyebaran berulang gambar hangat anaknya itu. Beliau kemudian menyalahkan 'para pembenci' anaknya yang sengaja mengedarkan gambar tidak senonoh itu atas sebab-sebab tertentu.

"Itu perbuatan orang jahat. Semoga yang menyebar gambar itu dibukakan matanya," kata Maria dipetik sebagai berkata.





Menurutnya lagi, si penyebar tak tahu-menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu. "Dia tak tahu latar belakangnya bagaimana, tapi main sebar sahaja. Apalagi bila ia melibatkan masyarakat umum," katanya.

Untuk info, gambar Sheila telah dimuat naik oleh seseorang di laman Twitter. Setelah di muat naik, orang tersebut kemudian beberapa kali mendakwa gambar-gambar itu adalah milik Sheila.

Melalui penelitian, gambar itu jelas menampilkan Sheila yang hanya mengenakan T-shirt tanpa lengan sambil berposing di sebuah bilik mandi. Ada juga aksinya yang memperlihatkan ia naik ke atas sinki sambil mempamerkan pahanya.

Bagaimanapun, ini bukan pertama kali Sheila beraksi nakal sebegini. Terdahulu, pelakon yang lahir pada 3 September 1989 itu juga pernah bergambar hangat dengan seorang lelaki yang khabarnya amat rapat dengannya.

Klik untuk imej besar...






Turut dimuat naik ialah gambar Sheila, anak dan suaminya Zack...




No comments: