01 January 2012

PUNYAI RM175,000, OS TERUS BAWA TEKSI


Apa anda akan lakukan sekiranya mempunyai wang sebanyak RM175,000 selepas hadiah kemenangan RM350,000 dibahagi dua? Membuka restoran, membeli rumah banglo, memiliki kereta baru atau bagi yang lelaki mungkin mahu kahwin baru?

Namun itu semua sebenarnya bukan impian atau angan-angan Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Bin Abdul Hamid. Beliau yang pernah popular sebagai pelakon dan penyanyi sekitar tahun 80an dan 90an dahulu lebih suka merendah diri daripada berbelanja mewah.

Klik untuk imej besar...




Bayangkan... setelah menjadi juara Maharaja Lawak Mega (MLM) dengan wang kemenangan beratus ribu, Os masih mahu meneruskan kerjaya lamanya membawa teksi. Ikhlasnya, bukan semua orang mampu membuat keputusan seperti itu setelah mempunyai wang yang banyak!

"Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak.

"Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini. Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015," ujar Os dipetik sebagai berkata.

Os dan permit teksinya...


Os ketika ditemubual media satu ketika dulu
tentang kerjaya pemandu teksi...




Bersama Allahyarham Din Beramboi...


Untuk info, sebelum muncul juara MLM, nasib Os sebenarnya terumbang-ambing apabila tiada tawaran berlakon, menyanyi mahupun melawak. Untuk meneruskan hidup, Os terpaksa menebalkan muka dengan membawa teksi hinggalah kisah hidup beliau itu dikesan oleh media dan kemudian stesyen TV membuat satu rancangan khas untuknya.

Dan bermula daripada situlah nasib Os akhirnya berubah apabila beliau mendapat beberapa jemputan untuk melawak semula. Seterusnya dengan sedikit nasib, Os dan rakannya Abon menubuhkan kumpulan Osbon bagi menyertai MLM dan muncul juara rancangan realiti tersebut.

No comments: