31 December 2011

OSBON JUARA MLM, BOBOI SENASIB JOZAN


Final Maharaja lawak Mega (MLM) bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri, malah ia juga mengulangi babak sama ketika final Maharaja Lawak terdahulu di mana Jozan yang menjadi 'favourite' tersungkur di tangan Sepah.

Dan kini di MLM, Osbon pula yang mengecewakan Boboi apabila muncul sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega 2011. Manakala Boboi terpaksa berpuashati dengan wang kemenangan RM250,000 apabila hanya mampu bergelar Naib Juara.

Kesemua peserta MLM - klik untuk imej besar...




Manakala Kumpulan Saehu (Indonesia) membawa pulang wang tunai RM150,000 apabila menduduki tempat ketiga. Kumpulan Syok (Singapura) pula hanya mendapat tempat keempat dan membawa pulang RM50,000.

Namun sebenarnya bukan babak final sahaja yang menjadi perhatian ramai, tetapi babak 'bertikam lidah' antara Chef Wan, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli yang menghangatkan suasana.

Ini kerana, Adlin mendakwa Chef Wan tidak faham lawak manakala Chef Wan mendakwa Adlin kurang adab budaya. Sementara Afdlin pula menyampuk sehari sebelum final dengan menegur tukang masak selebriti itu sebagai 'cakap tak serupa bikin'..!

Malah Afdlin yang mewakili kumpulan Boboi juga seolah-olah sudah menghidu kekalahannya di final MLM apabila kumpulan Osbon didakwa oleh segelintir pihak menjadi favourite Zainal Abidin Hassan dan Chef wan.

Boboi - favourite tapi gagal juara...


Akibat daripada 'perang siber' itu, Chef Wan kelihatannya seolah-olah merajuk apabila memaparkan gambar Mahatma Gandhi di facebooknya. Di atas gambar tersebut, tertulis beberapa patah perkataan yang seakan memulang 'paku buah keras' terhadap beberapa pihak yang menghentamnya.

Luahan hati Chef Wan...


“Saya sudah penat melayan komen komen rakyat Malaysia yang judgemental ini, mereka sebenarnya peminat hiburan yang keliru dengan apa yang mereka mahukan. Dan, berdiam mungkin lebih baik selepas ini,” ujar Chef Wan seakan merajuk bila ditegur.

Persoalannya, mungkinkah kerana sikap Afdlin yang telah menegur Chef Wan sebelum ini menyebabkan Boboi tersungkur? Atau sememangnya ada permainan politik dikalangan mereka untuk memilih siapakah yang layak bergelar juara?

Teguran Afdlin buat Chef Wan merajuk?


Namun seperti permainan bola di padang, keputusan pengadil memberikan 'kad merah' adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Boboi kecundang di peringkat akhir kemungkinan atas kesilapan mereka sendiri yang tidak memberi persembahan 'terbaik' sebagaimana di minggu-minggu sebelumnya.

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat semua peserta dan jadikan pengalaman di MLM sebagai satu pengajaran berguna. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung... manakan dapat sagunya. Tak gitu?


No comments: