20 January 2012

SHAM (KAMIKAZE) NAFI KAHWIN DUA


Sedih dan terkilan!

Demikian luahan Sham (Kamikaze), 36, yang kini bergelar pendakwah bebas apabila didakwa beristeri dua. Fitnah tersebut amat melampau bagi Sam yang dikatakan bernikah senyap-senyap di Pulau Pinang sedangkan dia kini tidak lagi aktif dalam dunia seni..

“Apabila saya mendapat tahu tentang gosip berkahwin dua, saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya ‘berhijrah’, saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

Klik untuk imej besar...




“Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?” kata Sham dipetik sebagai berkata.

“Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?

“Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?” tambahnya dengan nada kesal.

Bagaimanapun, Sam tetap bersyukur apabila isterinya Farazila Abdul Jabar, tidak mudah melatah atau melenting meskipun ada bertanyakan kesahihan dakwaan itu.

“Fitnah ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya, malah yang paling penting apakah perasaan isteri dan keluarga mertua saya apabila cerita saya bernikah secara sembunyi ini dicanangkan walhal ia tidak berlaku,” jelasnya.

Untuk info, kini Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohamed Salleh, lebih selesa menyampaikan ceramah dan ilmu agama secara lisan tetapi apabila ada permintaan. Katanya dia juga akan bermain gitar mengiringi lagu-lagu berunsur kerohanian dan tidak pernah sekali pun berasa menyesal menginggalkan dunia glamor.



No comments: