20 January 2012

ALLY DAN FARAH NIKAH DI MASJID KRISTAL


Lintas langsung yang dilakukan oleh Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, di Masjid Kristal, Kuala Terengganu sebelum bermulanya pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee pada jam 9.30 pagi nanti terselit kelucuan apabila kamera 'terfokus' Ally yang hanya memakai kain.

"Ehhh... pakai kain ke ni?" Tanya salah seorang pengacara MHI.

"Ohhh belum lagi, ni hanya untuk live MHI je... lepas ni saya akan bertukar pakaian" ujar Ally tersipu malu.

Menjawab soalan lain yang diajukan, Ally meminta maaf pada semua kerana mengadakan majlis pernikahan secara sederhana sahaja dan tidak besar-besaran. Ally juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menghantar ucapan tahniah pada mereka melalui facebook, twitter dan sebagainya.

UPDATE... klik untuk imej besar










"Saya mohon doa semua agar majlis ini berjalan dengan lancar. Nampaknya cuacapun baik dan minta-minta semua yang kami atur dirahmati Allah.

"Majlis akad nikah akan berlangsung pukul 9.30 pagi... dan saya ada masa 20 minit untuk menghafal. InsyaAllah, ramai yang mengharapkan saya akad nikah sekali lafaz sahaja dan itulah yang mahu lakukan.

"Akad tu memang tiada masalah... cuma protokol tu yang mencemaskan," ujar Ally berseloroh.

Seterusnya Ally memberitahu, selepas akad nikah dia akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kristal ini dan kemudian menuju ke rumah pengantin perempuan untuk majlis yang disediakan termasuk doa selamat.



Masjid Kristal tempat Ally dan Farah nikah...


Terdahulu ketika menjelaskan mengapa dia memilih Masjid Kristal sebagai tempat pernikahannya bersama Farah, kata Ally ia disebabkan sudah ramai mempelai yang bernikah di sini termasuk pada artis dan selebriti.

"Saya rasa tempat ini paling sesuai sekali sebab mempunyai taman yang indah dan boleh bersiar-siar di kawasannya," ujar Ally ceria.

Dalam pada itu ketika Ally sedang memberi penjelasan, kelihatan rombongan pengantin perempuan sudahpun tiba memakai pakaian persis merah jambu. Dan ketika berita ini ditulis, pastinya Ally sedang bersiap sedia untuk majlis pernikahannya yang bakal berlangsung beberapa minit sahaja lagi.

Myartis akan berusaha untuk menyiarkan gambar-gambar perkahwinan Ally dan Farah secepat mungkin nanti.

No comments: