20 January 2012

ALLY DAN FARAH SAH SUAMI ISTERI


Meskipun harapan Ally Iskandar mahu melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz, namun hasratnya itu tidak kesampaian apabila terpaksa melakukannya dua kali lafaz sebelum sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi ini.

Klik untuk imej besar...




Ally dilihat segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Terdahulu, Ally menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Sementara pihak perempuan pula menerima tujuh dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini yang dilakukan dalam suasana meriah tetapi sederhana.

No comments: