06 February 2012

ADIRA AF8 PEGANG ANJING ATAU KUCING?


Tidak dapat dipastikan apakah haiwan yang dipegang oleh Adira AF8 ini, mungkin kucing berbulu lebat agaknya. Kalau anjing, pastinya ramai orang Islam yang cuba untuk menjauhi haiwan ini kerana dibimbangi terkena air liur atau bulunya yang basah.

Memang ada dikalangan artis kita sebelum ini yang tidak segan silu bergambar sambil memeluk anjing yang mereka anggap amat jinak dan pintar. Malah mereka juga mempertahankan tindakan tersebut sebagai 'tidak salah' kerana anjing adalah makhluk Allah.





Bukan setakat artis, tetapi ada peminat juga yang mempertahankan artis mereka dengan mengetengahkan pelbagai hukum yang disifatkan oleh mereka 'tidak mengapa' jika kena dengan caranya. Dalam hal ini, myartis terpaksa angkat tangan kerana kurang arif mengenai isu membela anjing atau mendukung haiwan itu ibarat 'bayi' layaknya.

Allahualam...!

PS: Setelah disiasat oleh rakan media lain, mereka mengesahkan Adira AF8 adalah beragama Islam.

No comments: