07 February 2012

UPDATE: AWEK TERBARU HAFIZ AWAN NANO?


Benarkah gadis ini awek terbaru Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano? Sebab melalui penelitian gambar-gambar yang dirakam, mereka berdua nampak amat rapat dan mesra.

Untuk info, gadis yang digosipkan dengan Hafiz ini bernama Zahira Radzi, bakat baru dalam industri hiburan. Beliau dikatakan pernah muncul dalam rancangan 'Seekers' tetapi sebagai apa kami kurang pasti!.

Klik untuk imej besar...




Jika benarlah gosip ini, maka terubatlah luka di hati Hafiz setelah putus cinta dengan Adira AF8 baru-baru ini. Moga persahabatan mereka akan terus kekal hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Amin..!











UPDATE:
Berikut adalah kenyataan Hafiz mengenai gambar gadis yang dikaitkan dengannya itu.

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta.

"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya.



Sumber photo: Forumer Cari

No comments: