21 February 2012

ALMY NADIA DIGANGGU MAKHLUK HALUS LAGI?


Pelik tapi benar..!

Itulah yang berlaku terhadap pelakon Almy Nadia yang mendakwa wajahnya jadi bengkak dan menggerutu gara-gara terkena air kencing pontianak. Semuanya berlaku ketika dia sedang menjalani penggambaran drama Cinta Buat Emelda dan waktu habis melakonkan babak dikafan, tiba-tiba wajahnya jadi berubah.

"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

Kena ganggu lagi..??




"Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena 'air kencing puntianak'.

"Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut," katanya dipetik sebagai berkata.

Tambah pelakon itu, ustazah yang merawatnya telah meminta dia berfikiran positif kerana menganggap mungkin kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama.

Almy pernah menghitamkan tubuh untuk lakonan...


Namun seminggu kemudian, selepas Almy sekali lagi ditimpa perkara aneh apabila kakinya pula membengkak ketika menjalani penggambaran drama yang sama, dia akhirnya mendapatkan rawatan doktor di sebuah klinik.

"Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit," ujarnya.

Untuk info, Almy sebelum ini pernah diganggu makhluk halus tiga tahun lalu, namun keadaannya sudah pulih seperti sediakala.

No comments: