21 February 2012

TAKUT KIAMAT, MARSHANDA KINI BERHIJRAH


Masihkah anda ingat isu pelakon Sinitron Indonesia Adriana Marshanda atau lebih popular dengan Marshanda yang didakwa 'sewel'? Ketika itu Marshanda telah tampil dalam video youtube sambil menangis dan marah-marah kepada rakannya yang didakwa 'menikamnya dari belakang'.

Namun itu dulu, kini pelakon yang popular melalui Sinitron seperti Bidadariku, Putri Yang Terbuang, Aqso Dan Madina, Benci Bilang Cinta, Solehah, Dari Sujud Ke Sujud dan banyak lagi itu telah berubah sepenuhnya. Mungkin hasil perkahwinannya pada April tahun lalu telah membuka hatinya untuk berhijrah ke jalan yang lebih diredhai Allah.

Hijrah Marshanda - klik untuk imej besar...




Dia kini tidak lagi dicop 'mereng' atau terganggu fikirannya disebabkan sering tertekan dengan masalah peribadi.

Kerana nak dijadikan cerita, Marshanda dikatakan telah bermimpi bahawa dunia ini kiamat selama 5 malam berturut-turut. Dan begitulah kalau hidayah dari Allah sudah sampai, dalam waktu sebentar manusia boleh berubah.

“Ya allah, sekarang ini kiamat, sementara dosa aku tu banyak sangat, kalau saya mati sekarang it’s for sure pasti saya masuk neraka," ujar Marshanda sebagai berkata kepada media kenapa dia berubah.

Marshanda dulu-dulu...


Bagaimanapun, artis yang berasal dari dunia glamor ini mengatakan, berhijab tidak akan menghalang kariernya di masa akan datang. Katanya, dia menyedari adalah satu tuntutan sebagai wanita Muslim untuk menutup aurat dan tawaran berlakon masih banyak daripada pengarah dan penerbit sinitron di sana.

Untuk info bagi yang tidak tahu atau slowpoke macam kami yang asyik menonton sinitron Nada Cinta, suami Marshanda bernama Ben Kasyafani yang juga seorang pelakon dan pengacara. Kesibukan dalam kerjaya tidak menghalang mereka untuk memasang impian mempunyai cahaya mata sekiranya diberi rezeki oleh Allah SWT.

Saat Marshanda bernikah dengan Ben...




BERITA TERDAHULU:
SAYANG... MARSHANDA DIDAKWA GILA!!

No comments: