22 February 2012

HEROIN 'NADA CINTA' TERKEJUT


Siapa tidak terkejut apabila dalam diam rupa-rupanya mempunyai begitu ramai peminat di Malaysia. Semuanya gara-gara Sinitron Nada Cinta yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria.

Begitulah aksi pelakon remaja Indonesia, Mikha Tambayong, 18, apabila mendapati dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat negara ini. Selain itu, dia juga popular melalui laman sosial Twitter dan kebanyakan peminatnya adalah daripada Malaysia.





"Setiap hari akan ada pengikut baru dan mereka akan tweet memberitahu sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke sini," ujarnya sebagai berkata kepada media.

"Saya cukup bertuah dapat dikenali di negara ini kerana masih banyak bintang-bintang di Indonesia yang ingin mencipta nama di sini," tambahnya.

Mikha berkata demikian ketika sidang media Gerimis Mengundang yang bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 27 Mac sehingga 8 April depan arahan Ahmad Idham. Selain Mikha, turut membintangi teater itu ialah pelakon Kamal Adli.

"Perasaan gementar itu mesti ada tetapi lebih mendebarkan apabila ini adalah kali pertama beraksi di pentas teater di negara orang.

"Bagaimanapun saya yakin dapat melakukannya dengan tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon lain yang terlibat," ujarnya.








Photo: Mstar & Gua

No comments: