28 February 2012

FARINA AF8 NAFI 'MENGGATAL' DENGAN SUAMI ORANG


Farina AF8 menafikan sekeras-kerasnya yang beliau bakal menjadi isteri kedua seorang VIP dan kononnya pernah menghabiskan percutian di Pulau Langkawi dengan kapal layar peribadi milik VIP tersebut.

Jelas Farina atau nama sebenarnya Zafarina Jamhari, 29, dakwaan tersebut hanya fitnah kerana hubungannya Mohd Irwan Iryani Suhaimy (Irwan) yang dikatakan VIP itu berlandaskan persahabatan biasa sahaja.





“Saya akui berkawan dengan dia tetapi kami hanya kawan biasa. Terus-terang, saya tidak terfikir pun untuk membawa hubungan kami ke peringkat seterusnya (berkahwin).

“Ia adalah fitnah kerana tiada apa-apa yang serius antara kami pada waktu ini,” katanya dipetik sebagai berkata ketika dihubungi media semalam.

Dakwa Farina lagi, dia memang sudah mengenali anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Natasya itu agak lama, namun dia tidak pernah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya tahu latar belakang dan statusnya ketika mula-mula kami berkawan. Memandangkan hubungan kami tidak serius sehingga ke tahap hendak bernikah, jadi tidak ada apa yang perlu digusarkan.

“Sebagai wanita yang menghormati dan memahami perasaan isterinya apabila tersebar fitnah sebegini, saya tidak mahu komen lebih-lebih, cukuplah saya katakan tuduhan itu tidak betul,” ujarnya.

Mengenai dakwaan kepulangannya ke Bintulu, Sarawak pada hujung minggu lalu kononnya atas urusan majlis pertunangan dengan Mohd Irwan, Farina berkata kepulangannya ke Sarawak adalah atas urusan nyanyian di sana.

“Saya bukan balik ke kampung kerana majlis bertunang. Ia adalah dakwaan palsu. Takkanlah saya dan keluarga hendak sorok perkara baik macam ini daripada jiran-jiran dan khalayak umum.

“Saya pulang ke Sarawak kerana ada undangan nyanyian, selain beberapa urusan keluarga,” katanya.

Untuk info, Farina merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan bernama Dayang Hasya Yasmin, 9. Beliau hanya sempat bergelar isteri selama dua tahun sebelum dia dan bekas suami mengambil kata putus untuk memilih jalan hidup masing-masing.

PROFIL
NAMA: Zafarina Jamhari
TARIKH LAHIR: 7 Oktober 1982
ASAL: Bintulu, Sarawak
KELUARGA: Anak sulung daripada lima beradik
BERAT: 50 kilogram
TINGGI: 164 cm
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Dayang Hasya Jasmin, 9
HOBI: Membaca buku dan karaoke
MAKANAN KEGEMARAN: Tomyam
MINUMAN KEGEMARAN: Ribena

No comments: