20 February 2012

GAMBAR SANA SINI - BUNGA 12 TAHUN PEMBERIAN ERRA


Sanggupkah anda menyimpan hadiah bunga segar daripada seseorang hingga 12 tahun? Bukan apa, kalau tak dijaga dengan teliti, ia pasti akan rosak atau hancur lantaran dimakan usia dan kereputan secara semulajadi.

Namun ia berbeza sekali dengan seorang peminat setia Erra Fazira bernama Shuhid Zr yang amat menghargai pemberian artis kesayangannya itu. Bunga segar pemberian Erra disimpan dan dijaga hingga 12 tahun lamanya... namun disebabkan sudah terlalu lama, maka beliau terpaksa mengalah dengan peredaran masa!

"Dis (this) flowers u gave me like 12yrs ago, now terpaksa buang, dah hancur dah bunga2 dia," ujar Shuhid dengan nada sedih melalui twitter Erra.


Klik untuk imej besar...






"OMG!! Simpan lagi?? Soooo sweeeeettt laa my adik ni!! Hug hug!! Mish ya!" Balas Erra pula rasa tersentuh dengan penghargaan peminatnya itu.

Melalui tweet tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa hubungan antara peminat dan artis sebenarnya bukan sekadar 'minat' semata-mata. Tetapi adakalanya mereka mempunyai hubungan istimewa yang sukar digambarkan dengan kata-kata laksana hubungan keluarga layaknya.

'Keep it up' Shuhid..!

No comments: