20 February 2012

UPDATE: LATIFF IBRAHIM PERGI BUAT SELAMANYA


UPDATE:

Latiff Ibrahim, 60, atau nama sebenarnya Abd. Latif Bin Ibrahim telah meninggalkan kita buat selamanya kira-kira jam 6.05 petang tadi. Arwah difahamkan telah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak beberapa bulan lalu akibat serangan sakit jantung.

Selain jantung, Arwah juga menghidap kencing manis dan paru-paru berair dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.

Pemergian Arwah telah disahkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan telah disiarkan oleh Berita TV3 pada jam 8.00 tadi (20 Februari).

Mengimbas kembali permintaan Arwah sebelum meninggal, menurut isterinya Masriah Mahadan, 57, Arwah 'teringin hendak balik'.





“Dia beritahu saya dia teringin nak balik. Pada masa itu saya tak tahu dia nak balik mana? Tak sangka pula dia rupa-rupanya hendak meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Dia selalu ingin berada di samping saya. Selama perkahwinan kami, saya menganggap arwah sebagai suami yang amat baik dan bertanggungjawab. Saya bersyukur, ketika arwah sakit, saya dapat menjaganya dengan baik sehinggalah dia menghembuskan nafas terkahir,” kata Masriah dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

"Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.

Myartis mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Insyaallah.

Saat Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4...


No comments: