20 February 2012

SHIDEE BAKAL JADI BAPA DALAM USIA 53 TAHUN


Sayang semuanya sudah terlambat, tak guna engkau sesalkan lagi..!

Begitulah lirik lagu Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, sekitar tahun 80-an dahulu yang sekaligus mengangkat namanya sebagai penyanyi diminati ramai. Namun perkahwinan lewat dan bakal mendapat zuriat Jun depan dalam usia 53 tahun sebenarnya tiada kena mengena dengan lagu tersebut melainkan ia adalah jodoh dan rezeki kurniaan Allah SWT.

“Saya tidak pernah berkahwin, apatah lagi untuk memiliki anak sendiri. Apabila mendapat tahu isteri saya mengandung dan bakal bersalin pada Jun depan, ia adalah satu sejarah dalam hidup saya.

Bakal jadi ibu dan ayah - Klik untuk imej besar...




Shidee ketika berkahwin dengan Siti Fairunnisa pada Februari 2010 


“Berita bahawa saya akan mendapat zuriat sendiri adalah kegembiraan sebenar yang cukup bermakna.

“Saya pernah terfikir apakah saya akan dikurniakan Tuhan dengan zuriat sendiri memandangkan usia sudah mencecah 50-an ketika berkahwin.

“Kini, saya sangat gembira dan bersyukur apabila mendapat berita akan mendapat anak. Apa sekali pun jantina bayi yang bakal lahir nanti, saya terima dengan sepenuh hati,” katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk maklumat, Shidee berkahwin dengan Siti Fairunnisa Aziz, 24, pada 1 Febuari 2010 di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa. Mereka kemudian bersanding dan membuat majlis resepsi pada 13 Februari di Bukit Sentosa Rawang, Selangor meskipun dikhabarkan ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun menurut Shidee, berita gembira itu kini telah menjernihkan semula hubungannya dengan ibu mertua, Jamaliah Hassan yang keruh gara-gara perkahwinannya tidak mendapat restu wanita itu.

Shidee dan ibu mertuanya Jamaliah Hassan kini berbaik...


“Inilah dia kuasa dan ketentuan Tuhan. Hubungan saya dan ibu mertua yang keruh dan tegang sebelum ini bertambah baik selepas mendapat berita gembira ini.

“Malah, dia (ibu mertua) yang bersusah payah dalam menjaga hal ehwal isteri saya sepanjang tempoh hamil ini,” tambahnya menutup bicara.

BERITA TERDAHULU...
SHIDEE 'MASIH BELUM TERLAMBAT'...

No comments: