26 February 2012

JEJAI & FASHA DI BUTIK PENGANTIN RIZMAN


Selepas mendapat hadiah kereta mewah jenama BMW bernombor plat RFS (gabungan nama Rizal dan Fasha Sandha) sempena hari kekasih yang jatuh pada 14 Februari lalu daripada Jejai, terbaru mereka dilihat sedang menempah baju di butik pengantin Rizman Ruzaini.

Baju apa? Takkan tempah baju renang pula ya tak? Tambah-tambah kalau di butik Rizman yang popular dengan pelbagai rekaan menarik busana pengantin.

Klik untuk imej besar...


Dua gambar kereta BMW bernombor plat RFS selepas ini...



Persoalannya sekarang, bilakah agaknya hari bahagia Fasha dan Jejai itu selepas beberapa artis lain telahpun menamatkan zaman bujang dan duda mereka?. Apa yang pasti, tentu perkahwinan mereka nanti akan lebih meriah dan mewah memandangkan Jejai bukan calang-calang orang kerana dia memiliki aset yang cukup banyak.

Dan jika benar bagai dilihat, seeloknya janganlah tunggu lama-lama kerana benda baik tiada salahnya jika dipercepatkan. Tak gitu..?

Kereta bernombor plat RFS Fasha sedang
diambil berkat oleh rakan taulan...




No comments: