29 February 2012

TUDUNG BUKAN PUNCA BERHENTI - ABBY FANA


“Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.

“Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI,” demikian dakwa Abby Fana dipetik sebagai berkata bagi menangkis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau telah 'dibuang' daripada TV3 gara-gara bertudung.

Klik untuk imej besar...






Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, menambah, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.

“Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak," ujarnya yang bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu dan memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin, 21, Adli, 20, dan seorang anak angkat Azra, 19 bulan.

No comments: