19 March 2012

FAEZAH ELAI ENGGAN 'PERANG' LAGI?


“Terus-terang, saya bahagia dan tenang dengan kehidupan yang saya dan suami lalui sekarang. Tiada apa-apa gangguan atau perkara negatif yang mengganggu,” demikian kata pelakon Faezah Elai, 30, kepada media mengenai rumah tangganya selepas enam bulan berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah.

Dakwa pelakon itu, dia juga langsung tidak terganggu atau melatah dengan kontroversi ketegangan hubungannya dengan bekas isteri suaminya meskipun ada yang mendakwa dia sebagai perampas suami orang.





“Sebenarnya sejak dari awal kontroversi ini tercetus, saya ambil pendekatan yang tenang dan relaks. Saya tidak melenting atau melatah kerana semua kekecohan itu bukan ditimbulkan oleh pihak saya," dakwanya.

Bagaimanapun, bila ditanya mengenai anak, Faezah tidak menolak seandainya dikurniakan anak dalam masa terdekat. Dia mengakui jadual kerjanya semakin padat sejak kembali aktif berlakon dan itu bukan alasan untuk dia tidak hamil sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah.

“Kami tidak merancang anak. Cuma belum ada rezeki buat masa ini dan kami masih terus mencuba.

“Sekarang saya semakin sibuk dengan pelbagai komitmen lakonan. Saya kembali aktif berlakon kerana sudah puas berehat selepas berkahwin beberapa bulan lalu,” tambahnya.

Seterusnya mengenai kekecohan terbaru melibatkan status akaun Twitter suaminya yang didakwa tidak berpuas hati terhadap pihak tertentu kerana terus mengganggu rumah tangga mereka, Faezah bagaimanapun enggan masuk campur dalam 'peperangan' itu.

“Ia (status) adalah akaun Twitter suami saya dan sebagai isteri saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” jelas Faezah dipetik sebagai berkata.

No comments: