18 March 2012

UPDATE: SAERAH LAHIRKAN ANAK KEDUA


UPDATE:
Adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah selamat melahirkan anak keduanya seorang bayi lelaki tepat jam 7.55 petang di Hospital Besar Kuantan, Pahang.

Bayi kedua itu khabarnya lahir secara normal tanpa sebarang komplikasi. Ketika kelahiran tersebut, suami Saerah telah menemani isterinya bagi memberi semangat dan kekuatan mental.

Klik untuk imej besar...






Untuk maklumat bersama, Saerah dimasukkan ke hospital tepat jam 3 petang dan berada di bilik bersalin hampir empat jam.

Selain suami, turut berada di hospital adalah ibu dan adik-beradik lain kecuali Dato' Siti dan Ayie.

"Alhamdulillah Saerah selamat bersalin anak kedua. Pastinya selepas ini bertambah lagi tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

"Pesan saya, kuatkan semangat dan ingat pengorbanan ibu menjaga anak-anak. Berikan dan curahkanlah sepenuh kasih dan sayang kepada anak-anak seperti mana ibu dahulu membesarkan kesemua anak-anaknya," kongsi kakaknya Saida dipetik sebagai berkata.

No comments: