Tahniah buat Irma Hasmie yang telah selamat bertunang dengan Reza Syah Ameer Datuk Radzuan. Untuk info, perkenalan mereka bermula di kota Mekah dan mereka akan bernikah pada 1 Julai 2012.
Dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang itu, Irma memakai busana rekaan Hatta Dolmat dan disarungkan sebentuk cincin berlian oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.
Selain itu, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian. Manakala pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.
Klik untuk imej besar...

Lagi 19 gambar selepas ini...



















No comments:
Post a Comment