Akhirnya, dalam satu sidang akhbar di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam, Melia Aimiellia secara rasmi membuat kenyataan memaafkan pemilik blog yang menyebar dan menuduhnya beraksi kurang sopan melalui video berdurasi 30 saat.
Menurut pelakon Karipap-Karipap Cinta itu, dia sekarang berasa lega kerana dapat bersihkan nama baiknya dan keluarga.
“Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.

“Lagipun mereka sudah meminta maaf secara terbuka dan mengaku salah menulis segala tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu,” ujar Melia dipetik sebagai berkata.
Turut hadir dalam sidang media anjuran persatuan Seniman itu ialah pemilik blog yang menyiarkan gambar dan artikel berkenaan bernama Ismail. Difahamkan, Ismail telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapannya terhadap Melia.
“Saya ucapkan terima kasih pada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel berkenaan dan menuduh anda.
“Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimiellia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini," ujar Ismail sebagai berkata yang dipetik daripada sebuah blog hiburan.
Bagaimanapun, blog hiburan tersebut masih mempersoalkan... apakah video tersebut benar-benar palsu? Heh..!
No comments:
Post a Comment