27 April 2012

GAMBAR SANA SINI - DEBARAN SCHA DAN AWAL


Tinggal seminggu sahaja lagi tarikh 4 Mei 2012, di mana Scha AlYahya dan Awal Ashaari bakal bernikah di Pullman Putrajaya. Manakala majlis persandingan mereka pula akan dilangsungkan pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.

Malah, pihak Astro juga telahpun menyiarkan rancangan berjudul 'Seia Sekata SchAwal' yang memaparkan kisah cinta mereka sebelum ke jinjang pelamin nanti.

Klik untuk imej besar...






Difahamkan, majlis pernikahan dan persandingan itu akan turut disiarkan secara langsung di Astro Ria secara eksklusif. Selain itu, mereka juga bakal menerima tajaan daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa bernilai RM60,000.

Pastinya... debar mereka makin kencang memikirkan bagaimanakah rupanya kehidupan sebagai suami isteri nanti.

Bak pantun ini:
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua





No comments: