27 April 2012

FASHA SANDHA TAMATKAN ZAMAN 'DARA' ESOK..!!


Esok (27 April 2012), pelakon Fasha Sandha akan melangsungkan pernikahannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) sepertimana yang tercatat dalam kad undangan perkahwinan yang diedarkan pada media sebelum ini

Difahamkan juga, majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja. Entah kenapa mahu membuat secara tertutup, jawapannya kurang pasti kerana selera manusia selalunya berbeza antara satu sama lain. Kata orang, lain padang... lain belalangnya.

Majlis berinai kecil semalam - Klik untuk imej besar...




Mereka pastinya mempunyai alasan tersendiri. Bak kata pepatah, 'sembunyi sembunyi puyoh, kepala tersorok, ekor tetap kelihatan'. Atau dalam maksud lain, sepandai mana kita sembunyikan sesuatu perkara, akhirnya ia tetap terbongkar jua.

Tambah-tambah majlis yang melibatkan artis sepopular Fasha dan bakal suaminya yang popular kerana gosip hangat. Mungkin mereka mahupun 'privasi' agaknya...!

“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan," ujar Fasha tidak lama dulu dipetik sebagai berkata.

Apa-apapun, myartis ucapkan selamat berbahagia dan selamat menempuh hidup baru sebagai 'isteri' orang 'berada'. Moga ikatan perkahwinan yang bakal terjalin nanti membawa seribu rahmat dan mendapat hidayah dari Allah SWT. Amin...!

Gambar-gambar lain...






No comments: