26 April 2012

NIKAH CEPAT BUKAN KERANA SERIK - AKMA AF3


“Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal.

“Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sekali sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan,” demikian kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27.

Klik untuk imej besar...




Dakwanya, langkah untuk menyegerakan pernikahannya yang dijadualkan pada hujung Jun depan bukan kerana serik akibat pernah putus tunang, tetapi keputusan itu dibuat kerana segala perancangan dan persiapan ke arah itu dilihat berjalan dengan lancar sekali.

“Walaupun jarak usia kami hanya berselang setahun, saya dapati dia (Farih) seorang yang matang melebihi umurnya. Sifatnya yang rapat dengan keluarga memberikan keyakinan untuk saya memilih dia sebagai calon suami.

“Menariknya, dia juga seorang yang kelakar dan bijak mengambil hati keluarga saya,” ujar Akma dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman bersama, Akma mengenali Farih kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula rapat sejak lelaki itu pulang dari Melbourne, Australia selepas menamatkan pengajian di negara tersebut kira-kira setahun yang lalu.

Malah bakal tunangnya itu juga bekerja sebagai eksekutif di Petronas dan faktor usia yang hanya berbeza setahun tidak menjadi masalah buat Akma kerana kematangan dan sikap bertanggungjawab Farih.

No comments: