13 April 2012

ISU KAHWIN SHAM: "NO KOMEN" - NURUL HALIMIN


Nurul Halimin Md Salleh, 32, yang kononnya menjadi isteri kedua kepada Sham Kamikaze apabila ditanya media enggan mengulas mengenai gosip perkahwinan yang dihebohkan itu.

"Tanyalah Sham sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Nurul Halimin




"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana pula memberi pendapat apabila ditanya mengenai gosip tersebut.

Untuk info, Sham menjadi 'popular' semula apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, Sham menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang melandanya itu.

Sham dan isteri pertama...


Sehinggalah semalam apabila sebuah blog hiburan dengan 'berani' mendedahkan wajah wanita yang kononnya isteri baru Sham dengan dakwaan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut blog itu lagi, perkahwinan mereka masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama Sham iaitu Farazila kerana ianya dirahsiakan. Sama ada benar atau tidak dakwaan ini, hanya Sham, saksi dan bukti sahih seperti surat nikah sahaja yang mampu menjelaskannya. Allahualam..!

Keluarga Maulana dan Nurul - klik untuk imej besar...


Tweet yang didakwa ada hubungan dengan Nurul
Klik untuk membaca...








No comments: