12 April 2012

SEE YOU IN COURT! - RITA RUDAINI


Rita Rudaini Mokhtar telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes cerainya akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu. Ia berikutan makluman cerai menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, seperti yang dimaklumkan media semalam.

Apa yang menyedihkan, dalam SMS yang diterima oleh Rita itu, Aidil memberitahu yang dia sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.

Klik untuk imej besar...




Sehubungan itu, Rita berkata jika benar Aidil mahu bercerai dia akan berjuang habis-habisan untuk menuntut hak penjagaan anak-anaknya di mahkamah nanti.

“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,” ujarnya kepada media.

"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," tambahnya lagi.

Rita berkata demikian ketika sambutan majlis ulang tahun kelahirannya ke 36 tahun yang jatuh pada Rabu tanpa Aidil di sisi.



Ia diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan warna hitam di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Untuk info, Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan antara mereka pada awalnya telah mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki.




Photo: Mstar

No comments: