24 April 2012

SHAFIE APDAL NAFI BERI WANG PADA ZAHIDA


"Saya mengikuti setiap berita paparan di media dan blog yang mengaitkan nama saya kepada laporan polis seperti yang dilaporkan oleh individu bernama Noor Azman Azemi bertarikh 13 Mac 2012.

Laporan itu mendakwa bahawa dia pernah bekerja sebagai pemandu, selain itu dia turut menyatakan bahawa saya pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada artis bernama Zahida Mohamed Rafik.





Di sini saya ingin menegaskan bahawa apa yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut adalah tidak benar, dan individu yang terbabit menyebarkan salinan laporan polis itu mempunyai niat tidak baik. Saya bersedia untuk mengambil segala tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menfitnah dan mengaitkan saya dengan isu ini," demikian kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada media mengenai dakwaan pemberian wang kepada artis Zahida Rafik.

Malah Shafie juga telah menyiarkan salinan siaran akhbar di Twitter miliknya sebagai tatapan pelawat laman sosialnya. Berikut kami siarkan salinan siaran akhbar tersebut:

Klik untuk baca...


No comments: