22 April 2012

SINGLE HAFIZ BAKAL GEGAR INDONESIA


Dengan bekerjasama seorang komposer dari Indonesia, Andi Buyou disamping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri, penyanyi lagu Awan nano, Hafiz (AF) bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini.

"Alhamdulilah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Sebagai permulaan, album single tersebut hanya akan memuatkan tiga buah lagu.

"Tengok dulu penerimaan peminat bagaimana dan selepas itu mungkin akan melancarkan album penuh pula," ujarnya yang kini tidak menerima sebarang tawaran lain kerana ingin fokus kepada rancangan Mania terbitan Astro.

"Saya bertuah dapat bekerja dengan Ahmad dhani dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Ikhlasnya, bukan senang nak bekerjasama dengan orang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, jadi saya akan fokus untuk Mania sahaja buat masa ini," tambahnya.

No comments: