21 April 2012

ZAHIDA RAFIK NAFI TERIMA RM1.5 JUTA


Kasihan sungguh pelakon Zahida Rafik apabila ada pihak yang menimbulkan skandal beliau dengan seorang ahli politik bergelar menteri. Lebih menyedihkan, beliau juga dituduh dibayar sehingga RM1.5 juta oleh menteri terbabit bagi 'menutup mulut' agar tidak membongkar rahsia hubungan sulit yang terjalin.

Dan apa yang memeranjatkan, segelintir pihak mendakwa pendedahan tersebut dibocorkan sendiri oleh bekas pemandu peribadi Zahida. Mungkin akibat sakit mata membaca banyak pertanyaan di laman twitter, akhirnya Zahida membuka mulut mengatakan bahawa bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit daripada pihak tertentu.





"Akak tak diam adik, my lawyers tengah settlekan hal ni actually! So let them ok! Tungu for the good news ok!" ujar Zahida melalui twitt.

Bagaimanapun, mengenai bayaran RM100,000 yang didakwa beliau terima setiap kali 'berdating' dengan menteri terbabit, Zahida menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Katanya, apa yang dia ada sekarang adalah hasil usaha kerasnya sebagai artis dan bukan hasil pemberian orang lain.

"I'm not here to pleased anyone, and I don't care what you people might think. This is my life, and I trust Allah," ujarnya.

Klik untuk baca...




No comments: