17 May 2012

ABBY ABADI - SELEPAS LEBIH 2 BULAN BERHIJRAH


Umum memang sudah sedia maklum bahawa semenjak Abby Abadi pulang dari Mekah, beliau sudah banyak berubah. Bukan perubahan daripada segi penampilan sahaja, malah daripada segi sosial juga apabila banyak gambar-gambar lama tanpa tudung di laman facebooknya dipadamkan.

"Saya tak update (facebook) sebab sibuk mencari ruang lain untuk cari rezeki selain dari bidang seni.

Klik untuk imej besar...




"Alhamdulillah just nak share... secara rasminya bermula Mei 2012 ini, Saya telah dilantik menjadi Duta untuk Al Humaira Contemporary. Syukur sangat masih ada yang sudi berkongsi rezeki dengan Saya. Nanti berkesempatan, saya sharekan koleksi-koleksi AHC di sini ya.... Jaga diri, hiasi peribadi... muahhh," ujar Abby kelihatan lebih ceria dan bersemangat dengan perubahan tersebut.

Iyalah... bak kata orang, rezeki ada di mana-mana. Jika kita mengikut jalan yang diredhai Allah, ia pasti akan bertambah dan mendapat berkat.

Jadi untuk anda yang ingin membeli koleksi Al Humaira Contemporary yang digayakan oleh Abby... apa lagi, mungkin inilah masanya yang paling tepat. Tak gitu?









No comments: