04 May 2012

BOB DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG HALAMAN


Jika sebelum ini pelbagai 'fitnah kematian' disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi yang jatuh sakit, semalam akhirnya Bob disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, Petaling, Selangor.

Difahamkan, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat. Kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh, Selangor yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

Allahyarham Bob Kuman...




"Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia.

"Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya," ujar Mazidul yang mengakui pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Untuk makluman bersama, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi ini di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

"InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat)," katanya dipetik sebagai berkata.

No comments: