03 May 2012

MAWI RAJIN JAGA BABY - EKIN


Asmawi Ani atau Mawi bukan hanya berbakat dalam seni suara dan lakonan, malah sebenarnya berbakat juga dalam menjaga bayi. Rahsia tersebut dibongkarkan sendiri oleh isterinya Nora'Asikin Rahmat (Ekin) yang memuji suaminya kerana banyak membantu menguruskan anak perempuan mereka bernama Cahaya Malaika tanpa perlu disuruh.

"Dia banyak berjaga pada waktu malam jika anak kami terbangun dari tidur dan menemani Cahaya yang baru berusia dua bulan sehingga dia tidur.

"Tiada apa yang boleh saya minta dari suami kerana sokongan dan bantuannya dalam menjaga anak adalah diluar jangkaan saya.

Klik untuk imej besar...






"Ia juga telah mengeratkan hubungan kami suami isteri dan kami sama-sama belajar bagaimana ingin membesarkan anak," katanya dipetik sebagai berkata kepada media baru-baru ini.

Menurut Ekin lagi, meskipun mereka pada mulanya agak kekok tetapi mereka kini sudah mula membiasakan diri untuk menguruskan Cahaya Malaika.

Selain Mawi, ibu dan neneknya juga banyak membantu dalam menguruskan Cahaya selain memberi tips berguna sebagai panduan buat mereka suami isteri.

"Masa mula-mula dulu nak mandikan dia pun rasa tak yakin kerana takut terjadi apa-apa tetapi mak dan nenek banyak membantu menguruskannya," tambah Ekin yang mula seronok bergelar ibu.



Tambahnya, segala penat lelah semasa mengandungkan anak perempuannya itu terbayar apabila dapat melihat gelagat Cahaya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

"Perasaan seronok bergelar ibu tu sukar untuk digambarkan tetapi apa yang pasti saya tidak mahu berenggang dengan Cahaya dan sentiasa mahu bersamanya," katanya yang tidak menggunakan susu formula untuk menyusukan Cahaya sebaliknya mengamalkan pemberian susu badan sepenuhnya.

"Sekarang ni tak boleh sesuka hati keluar rumah kerana anak menyusu badan malah saya sendiri pun sentiasa berat hati untuk meninggalkannya di rumah bersama ibu dan nenek.

"Jika terpaksa keluar saya akan pastikan bekalan susu badan mencukupi dan cuba balik ke rumah secepat yang mungkin," ujarnya mengakhiri perbualan.

No comments: