23 May 2012

TOK'KI NAFI MENGEMIS, TAGIH DADAH & SAMSENG


Akibat didakwa menjadi peminta sedekah dan dilihat sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang, Selangor, penyanyi era 90 an, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur merasa sedih dan terhina.

Dakwa penyanyi tersebut, semua cerita tersebut merupakan fitnah semata-mata dan dia tersentak kerana ada pihak yang sanggup menuduh dan memalukan dirinya sejauh itu.





"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai.

"Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu," katanya ketika menjawab soalan media.

Untuk info, cerita meminta sedekah bermula dalam sebuah forum berbahasa Melayu. Menurut forumer yang memulakannya, dia mendakwa melihat Tok'ki merayau-rayau di Pasar Borong tersebut sambil meminta sedekah.

Bagaimanapun, To'ki dalam penafiannya berkata, dia memang selalu berada ke pasar Borong Selayang tetapi hanya untuk bertemu rakan-rakan atau sekadar bersarapan di gerai berhampiran.

"Rumah saya juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan saya kerap ke sana.

"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang sudah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?

"Biarlah orang nak kata apa pun, kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu," ujar Tok'ki dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Tok'ki turut menafikan tuduhan kononnya dia penagih dadah. Sehubungan itu, beliau mencabar sesiapa sahaja yang melihat dia menagih agar menangkapnya dan menyerahkannya kepada polis untuk buat ujian air kencing sekiranya benar apa yang didakwa.

"Saya telah memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuat fitnah tersebut dan berharap mereka menyesal dengan tuduhan itu," kata Tok'ki yang turut dituduh menjadi ketua kongsi gelap. Akibat tuduhan itu, dia telah bertindak menyaman akhbar yang menyiarkan artikel tersebut.

No comments: