05 June 2012

ADDA BUTTERFLY KENA CERAI MELALUI TELEFON


Apa perasaan anda apabila hanya sempat bahagia di alam perkahwinan selama 17 hari sahaja? Dan itulah yang berlaku terhadap Adda Butterfly yang telah bercerai selepas hanya 17 hari mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda dipetik sebagai berkata.

Klik untuk imej besar...




Tambah Adik kepada Rodi Kristal ini, ketika berita perkahwinannya tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda kepada media.

Terdahulu, jelas Adda dia mengakui sudah berusaha untuk menjernihkan masalah rumah tangganya namun menemui jalan buntu. Lebih memeritkan katanya, dia akhirnya diceraikan melalui telefon.

Untuk info, abang Adda iaitu Rodi sebelum ini pernah memberitahu rancangan Propaganza bahawa dia tidak tahu menahu mengenai perkahwinan adiknya dengan lelaki berusia tersebut. Kerana kemungkinan yang ada ialah Adda dan suami 'terpaksa' menyorokkan perkahwinan mereka demi 'menjaga hati' ramai pihak.

Kesimpulan buat Adda, mungkin ada jodoh yang lebih baik untuknya dikemudian hari sebagaimana yang telah ditetapkan sejak azali. Dalam hal ini, moga Adda tabah dan menerima semua suratan tersebut sebagai dugaan Allah Yang Maha Kuasa.

No comments: