05 June 2012

HENTIKAN GOSIP KETERLALUAN - ERRA FAZIRA


Khabar angin yang kononnya Erra Fazira dan suaminya Engku Emran menemui kaunselor untuk meminta nasihat tentang pergolakan rumah tangga mereka disifatkan sebagai mengarut oleh pelakon dan penyanyi itu.

"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.





"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujar Erra dipetik sebagai berkata ketika menjawab soalan media.

Semuanya gara-gara ada dakwaan yang kononnya rumah tangga mereka goyah. Padahal menurut Erra, kehidupannya suami isteri okey sahaja dan harmoni sebagaimana pasangan berkahwin yang lain.

Tambah Erra, jika ada selisih fahampun, itu adalah adat rumah tangga dan ia hanya perkara biasa yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Apa yang membuat Erra terkilan ialah apabila wujudnya gosip keterlaluan dan dia meminta agar ianya dihentikan segera.

No comments: