07 June 2012

LAN KRISTAL DAPAT ANAK PEREMPUAN KEDUA


Selepas mendapat anak pertama pada Ogos 2010, kini Vokalis kumpulan Kristal, Lan mendapat anak kedua pula yang juga merupakan seorang bayi perempuan. Isterinya, Nur Sheila Hassim, melahirkan 'Nur Amna Qeesyara' di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.29 petang semalam.

"Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang.

Anak pertama Lan - Klik untuk imej besar...




"Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal," katanya dipetik sebagai berkata kepada media.

Untuk info, anak keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram.

Bagaimanapun, Lan masih belum terfikir untuk membuat kenduri doa selamat buat masa ini. Katanya, apa yang penting ialah isteri dan anaknya selamat dan Sheila akan berpantang mengikut cara tradisional di rumah mereka di Puchong, Selangor.

No comments: