06 June 2012

NURUL KINI SAH ISTERI ERIC


Akhirnya, dengan sekali lafaz, Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 35, sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47.

Mereka melangsungkan pernikahan di Duchess Place, Kuala Lumpur, dan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman.

Klik untuk imej besar...




Untuk maklumat, Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000). Selain itu, dia juga menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Nurul pula membalas tujuh dulang hantaran buat Eric berupa sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Perkahwinan kali ini merupakan perkahwinan kedua buat Nurul dan Eric.







No comments: