22 June 2012

‘SEPERTI DULU’ - BUAH TANGAN TERBARU FORTEEN


Atas respon positif “Berdua Bersatu”, Forteen kini tampil dengan single kedua berjudul “Seperti Dulu”. Kumpulan vokal yang ditubuhkan pada Mac 2011 ini dianggotai oleh One, Ariz, Ameerais, dan Izzue, walaupun baru berusia setahun dipersada hiburan namun penerimaan daripada penggemar muzik tanahiar amat menggalakkan. Buktinya, “Berdua Bersatu” saban hari kerap diputarkan di corong-corong radio.

Forteen juga malah tersenarai untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.

Klik untuk imej besar...




Forteen bukan sekadar menjual rupa dan imej, malah kebolehan mereka di dalam menyampaikan pelbagai genre lagu dengan nada yang tinggi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini turut diakui oleh Edry Abd Halim, dan sekali kali lagi Edry berani mempertaruhkan Forteen untuk membawakan lagu “Seperti Dulu” sebagai salah sebuah lagu soundtrack untuk filem muzikal 3D 29 Februari.

“Seperti Dulu” bercerita tentang harapan seorang kekasih yang inigin kembali semula kepangkuan kekasih hatinya yang sudah lama terpisah. Apakah keadaan akan sama seperti dulu, apabila beliau kembali bertemu sang kekasih? Ingin ketahui kelanjutannya, nikmati lagu daripada sentuhan Edry Abdul Halim ini, serta saksikan video musik lagu ini yang sudah dimuatkan di saluran You Tube.

Juga jangan lupa untuk menonton filem ini diseluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos 2012.

Klik untuk menonton video klip mereka:
http://www.youtube.com/watch?v=ev8p3Ty3_nU

No comments: