09 July 2012

16 GAMBAR - BAKAL HIJRAH SASHA SAIDIN?


Jika baru-baru ini Sasha Saidin dilihat hadir ke Mahkamah Syariah kononnya mahu berpisah dengan suaminya Salyo Priyanto Nutosoemarsono... namun hingga kini ianya masih belum berlaku seperti yang didakwa.

Malah Sasha pernah mengatakan dia lebih suka berdiam diri tentang apa yang berlaku daripada bercerita tentang masalah rumahtangga tersebut kepada umum. Syabas... satu amalan baik yang patut dicontohi kerana buruk baik rumah tangga, sepatutnya hanya kita sahaja yang mengetahuinya.

Klik untuk imej besar...




Bagaimanapun, bukan perihal rumah tangga Sasha yang kami mahu kongsikan bersama anda, tetapi tentang perubahan yang berlaku padanya sejak kebelakangan ini. Sasha nampaknya makin rajin menghadiri program agama dan sudah mula memakai hijab... sekaligus memberi tanda beliau bakal berhijrah ke arah yang lebih bermakna.

"Belum sepenuhnya, tapi insyallah kalau Sha ikut usrah, ceramah agama di masjid atau di mana-mana, Sha akan memakai hijab," demikian kata Sasha bila ditanya tentang pemakaian tersebut.

Dalam hal ini, mari kita doakan bersama-sama agar Sasha segera memakai hijab sepenuhnya dan menemui damai. In'syaAllah.




















No comments: