08 July 2012

ELLA AKHIRNYA BERGELAR ISTERI


Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, akhirnya sah bergelar isteri kepada Azhar Husaini Ghazali, 30, dengan hanya sekali lafaz semalam. Mereka dinikahkan oleh oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin.

Untuk info, majlis tertutup tersebut dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Klik untuk imej besar...




Ella menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran. Antara barang hantaran tersebut ialah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Selepas pernikahan ini, satu majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember 2012.









No comments: