30 July 2012

8 GAMBAR - LIYANA JASMAY DI NEW YORK


Aksi manja Liyana Jasmay di Kota New York, Amerika Syarikat ditemani oleh ibu bapanya Habsah Simpon dan Jasmay Md Shah. Meskipun terpaksa berpuasa di rantau orang, namun nampaknya Liyana cekal menghadapi cabaran itu demi menimba ilmu.

Untuk info, Liyana ke New York bagi melanjutkan pengajian jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan selama enam bulan di New York Film Academy (NYFA).

Peluk gambar siapa tu..?? Klik untuk imej besar...




“Sambutan Ramadan di sini dilakukan ala kadar. Untuk berbuka lebih mudah jika di luar kerana kebetulan, di kawasan berdekatan banyak pilihan restoran India yang halal.

“Ada hikmahnya juga perkara ini berlaku, sekurang-kurangnya dapat juga Nana menyambut Ramadan dengan Babah dan Mama.

“Lagipun Nana jenis yang tak pernah hidup berjauhan dengan keluarga, jadi apabila mereka bersama Nana mendapat kekuatan untuk memulakan hidup baru di sini,” ujar Liyana kepada media melalui kiriman email baru-baru ini.

Seperti yang kita sedia maklum, pastinya insan yang paling dirindui sekarang ialah tunangnya Fathuddin Mazlan. Ini kerana, mereka akan melangsungkan pernikahan pada 24 Januari 2013, sekembalinya Liyana daripada New York nanti.















No comments: