03 July 2012

ABBY ABADI SERTAI PAS?


Baru-baru ini, pelakon Hairie Othman telah mengejutkan ramai pihak apabila memilih untuk menyertai parti PAS. Bukan sebab sudah tidak laku dalam industri lakonan, tetapi kerana ingin mengubah haluan hidup.

Bagaimanapun, untuk gambar terbaru ini, kami kurang pasti niat pelakon dan penyanyi Abby Abadi berjumpa Tuan Guru Nik Aziz. Mungkin untuk menyertai parti pimpinan Nik Aziz itu, atau mungkin sekadar mahu meminta nasihat sahaja.

Klik untuk imej besar...




Walau apapun niat Abby, itu adalah haknya sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Bak kata pepatah, sekali air bah... maka sekali jualah pantai berubah.

Kerana sebagai manusia yang menumpang di bumi Allah, kita berhak membuat pilihan bagi mewarnakan kehidupan keluarga, bangsa dan agama. Allahualam.





No comments: