12 July 2012

AIZAT AF5 BAKAL BERGELAR 'HAJI AIZAT'


Kalau tiada aral melintang, penyanyi Aizat Amdan, 23, bakal dipanggil dengan gelaran 'Haji Aizat' tidak lama lagi. Ini berikutan dia merancang mahu menunaikan rukun Islam yang kelima itu apabila merasakan dirinya sudah bersedia daripada segi kewangan, ilmu dan fizikal.

Menurut penyanyi itu, hatinya terbuka apabila dia menunaikan umrah bagi menjayakan program TV9 bersama beberapa artis lain. Sejak itu, dia terasa rindu pada Tanah Suci dan merasakan usia bukan ukuran untuk melakukan ibadah tersebut.





"Pada pendapat saya, jika ada simpanan kewangan yang lebih serta keizinan kesihatan yang baik, adalah lebih baik untuk kita menunaikan haji semasa umur masih muda.

"Tidak perlu menunggu pada hari tua. Ketika muda inilah, dengan tubuh badan yang sihat dan masih kuat, ibadah kita menjadi lebih mudah.

"InsyaAllah, saya juga berhasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini jika tiada aral melintang," katanya dipetik sebagai berkata kepada media.



"Ada setengah orang, faktor umur dijadikan ukuran utama dalam ibadah haji kerana ketika badan masih sihat, kuat dan bertenaga inilah antara perjuangan jihad kita dapat dilakukan dengan cukup sempurna.

"Bagaimanapun, lakukanlah ibadat umrah dahulu sebagai permulaan. Memang seronok apabila berada di sana, rasa tenang," tambahnya bersungguh.

No comments: