12 July 2012

USIA 41, NAMUN NASHA SERIK BERCINTA..!


Meskipun usianya sudah 41 tahun, namun Nasha Aziz masih tetap menawan dengan potongan tubuh menarik. Tidak hairan jika Nasha masih laris mengayakan pelbagai pertunjukan fesyen di sana sini lantaran wajahnya yang 'awet muda'.

Menjawab soalan mengenai perkara itu, kata Nasha dia tiada rahsia untuk kekal jelita. Selorohnya, cinta melindunginya daripada rasa tua. Cinta juga membuat dirinya nampak sihat dan ceria.

Klik untuk imej besar...




Bagaimanapun, bila ditanya tentang jodoh diusia 40-an... Nasha mengakui dia masih solo dan tidak punya teman lelaki. Walaupun rakan artisnya Ella sudah menemui suami idaman, namun Nasha tampak tenang dan tidak risau tentang 'jodoh'.

“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal. Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenalikan. Saya serahkan pada-Nya," ujar Nasha sambil ketawa kecil.

“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” tambahnya dipetik sebagai berkata.


GAMBAR NASHA DI LAUNCH EVENT & FASHION SHOW
Tempat: The Terrace, the curve











No comments: