03 August 2012

ABBY & MEMEY KEMBALI BERBAIK, BERPELUKAN


Setelah sekian lama dilanda kontroversi, akhirnya Memey Suhaiza dan Abby Abadi kembali menyambung hubungan silaturahim di bulan ramadhan yang mulia ini. Mereka bukan sahaja bertemu di bulan penuh rahmat, malah berpelukan sambil menangis sekaligus menamatkan persengketaan lama dalam pertemuan di Shah Alam, Selangor.

"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.

Klik untuk imej besar...



"Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

"Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik!". Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," ujar Norman pada media dengan nada penuh kesyukuran.



"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," tambah Norman lagi dipetik sebagai berkata.

Untuk info, dikesempatan berdamai itu, Norman dan keluarga telah berbuka puasa di rumah Abby dua hari lepas selepas SMS Norman dibalas oleh Abby. Kata Norman, SMSnya meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah bekas isterinya itu dibalas dengan penuh hormat tanpa sebarang masalah.



"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

"Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama," ujar Norman.

Bagaimanapun, bila diajukan persoalan mungkinkah Norman akan rujuk semula dengan Abby selepas ini, Norman tidak tersentak tetapi menyerahkannya kepada takdir.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini, ia adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

"Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," katanya yang bercerai dengan Abby pada 18 Disember 2008 setelah mempunyai tiga cahayamata.





No comments: