02 August 2012

ASTRO SEDIAKAN PROGRAM HEBAT HARI RAYA


Bagi memeriahkan Hari raya yang bakal menjelang, Astro telah menyediakan banyak program-program menarik untuk tontonan pelanggannya. Berita gembira tersebut telah dinyatakan oleh pihak Astro Show dalam majlis berbuka puasa di hotel Royal Bintang Damansara, Selangor, semalam.

"Bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri, kami telah menyediakan banyak program yang memikat hati. Ia akan berlangsung sepanjang raya nanti bagi mengisi hari-hari indah bersama keluarga dan sanak saudara," ujar jurucakap Astro.





Untuk makluman, antara program yang disediakan itu ialah tayangan filem menarik seperti KL Gangster, Mega Raya 2012, Upin & Ipin raya, Raya Hafiz Raya, Aaron & Zizan Beraya Sampai Pengsan!, Malaikat Tanpa Sayap, Hantu kak Limah Balik Rumah, Kau Untukku, Eh! Eh! Raya Erra, Hikayat Merong Mahawangsa, Romantika Raya, Lawak Ke Der?, Adam Hawa, Dilarang Masuk, Karoot Komedia X Raya, pelbagai Telemovie dan banyak lagi.



Oleh yang demikian, bagi yang masih belum melanggan pakej-pakej tertentu, inilah masanya untuk anda bertindak. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera!

No comments: