27 August 2012

ANAK KEKALKAN HUBUNGAN NORA DAN JEJAI


"Hubungan kami masih baik demi anak lelaki," demikian kata Nora Danish mengenai hubungannya dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli

Malah Nora turut memuji Jejai sebagai bapa yang bertanggungjawab kerana menjalankan tugas sebagai bapa dengan baik terhadap anak tunggal mereka iaitu Putra Rayqal Ramli.

Klik untuk imej besar...



"Tiada apa-apa masalah antara kami kerana apa yang penting Rayqal mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua ibu-bapanya," ujarnya sebagai berkata.

"Jejai juga sangat bertoleransi dengan saya jika ada apa-apa perkara yang melibatkan anak," tambahnya yang turut menyambut Hari Raya pertama di rumah bekas keluarga mertuanya.

Tinggal kenangan...


"Bekas ibu dan bapa mertua tidak pernah berkira untuk menjaga Rayqal ketika ketiadaan saya dan sebab itu saya juga tidak kisah jika mereka mahu Rayqal berhari raya di rumah mereka.

"Malah Rayqal sangat rapat dan manja dengan datuknya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib,” ujar Nora mengakhiri perbualan.

No comments: