27 August 2012

RED COMMUNICATIONS RAIKAN FILEM MALAYSIA


Red Communications, sebuah syarikat penerbitan tempatan yang telah menghasilkan terbitan popular seperti 3R (RESPECT, RELAKS, RESPON) seperti Gol & Gincu, Impian Ilyana, KAMI, Blogger Boy, Elly & Epit, Oh My English! dan banyak lagi akan meraikan ulangtahunnya yang ke-12.

Sejak penubuhannya hingga kini, Red Communications telah membina reputasi sebagai syarikat penerbitan yang terdahulu dalam mengeluarkan kandungan berbentuk hiburan dan informatif, khususnya untuk penonton wanita, kanak-kanak dan remaja.

Klik untuk imej besar...



Syarikat ini juga menerbitkan kandungan untuk pasaran Asia Tenggara serta untuk saluran-saluran antarabangsa seperti Disney Channel dan History and Biography Channel, dan, melalui anak syarikat milik penuhnya, Red Films, juga telah menerbitkan filem-filem tempatan seperti Visits: A Hungry Ghost Anthology, Gol & Gincu the movie, Kami the movie, Pisau Cukur, Songlap dan juga filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Istanbul Aku Datang.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap bakat tempatan Malaysia dan terhadap usaha kami dalam menerbitkan kandungan yang bernilai bagi penonton tempatan,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Red Films, Lina Tan.

“Oleh kerana Malaysia adalah negara yang unik dengan pelbagai bangsa dan bahasa pertuturan, kami memutuskan untuk membuat kandungan yang boleh mengatasi jurang-jurang sebegini dengan memfokus pada mesej dan cerita. Sebab itulah, banyak kandungan terbitan kami ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa," tambahnya lagi.



Dan sempena ulangtahun Syarikat ini yang ke-12, Red Communications akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan penerbitan TV dan Filem yang terbuka kepada orang ramai secara percuma.

“Kami ingin berkongsi pengalaman kami selama 12 tahun dengan orang ramai, serta memberi mereka peluang untuk menonton semua filem kami yang telah kami terbitkan tahun demi tahun,” kata Lina Tan yang memberitahu semua aktiviti tersebut akan bertempat di Publika, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Antaranya ialah tayangan percuma filem VISITS: HUNGRY GHOST ANTHOLOGY di Outdoor Theatre pada jam 8 malam (4 September 2012), MY HOMETOWN SHORT FILMS di Black Box, 8 malam (8 September 2012), GOL & GINCU di Black Box jam 12 tengahari (9 september 2012), SONGLAP juga di Black Box pada jam 2 petang (9 september 2012) PISAU CUKUR di Outdoor Theatre jam 8 malam (9 september 2012) dan banyak lagi.

Selain tayangan filem, terdapat juga pencarian bakat baru dalam lakonan yang akan diberi komen oleh penggiat seni terkenal seperti COO selebriti Media Prima Izham Omar, celebriti Aznil Nawawi dan ramai lagi.

Jadi pada anda mempunyai masa lapang, inilah masanya untuk anda menyertai aktiviti yang disediakan oleh Red Communications ini. Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air'. Mana tahu bakat anda terserlah di sini?

No comments: