Jika beberapa hari lalu, ada pihak melaporkan bayi sulung Rini AF7, bernama Mariam Joanna Johanis dalam keadaan kritikal kerana terjatuh, namun berita terkini yang diterima mengatakan bayi tersebut telah pun meninggal dunia.
Ia disahkan rakan penyanyi terbabit iaitu Isma di laman Twitternya. Menurut Isma, wajah Mariam dilihat bercahaya sewaktu ditatap buat kali terakhir.
Klik untuk imej besar...

"Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Ilahi yang menjemput anaknya pergi beberapa hari sebelum menyambut kedatangan Syawal," ujarnya.
Untuk info, Rini telah melahirkan Mariam di Hospital Putrajaya secara pembedahan kerana berat Mariam adalah 4.25 kilogram.
Takziah diucapkan!


No comments:
Post a Comment